Usahasama Harimau Selatan dan Al-Ikhsan

Sekitar majlis menandatangani perjanjian usaha sama yang bakal memberi peluang para penyokong Harimau Selatan untuk mendapatkan dengan mudah pelbagai produk rasmi JDT termasuklah Majalah Harimau Selatan. Melalui perjanjian tersebut, semua produk rasmi JDT akan berada di lebih 30 buah outlet Al-Ikhsan seluruh negara. Kerjasama tersebut yang melibatkan Southern Tigers Sdn Bhd, diwakili oleh Ketua Pegawai Pemasaran, Encik Ahmad Yani Ismail dan Al-Ikhsan Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besar, Hj Mohd Shane Hj Mohd Isa.


Antara pemain pasukan Johor Darul Ta’zim yang turut sama memeriahkan majlis tersebut adalah Aidil Zafuan, Izham Tarmizi, Junior Eldstal, S.Chanturu dan Amirul Hadi Zainal serta Ketua Jurulatih, Bojan Hodak. Para pengunjung yang hadir turut berpeluang bertemu dan bergambar bersama para pemain JDT. Terima kasih atas sokongan, Luaskan Kuasamu Johor.

Back Kelab & Persahabatan: Johor FA 6-2 Johor Indian FA Next Kelab & Persahabatan: JDT 1-0 JDT II
MEMBERSHIP ACCESS
close