TMJ Memberi Penjelasan Dan Perancangannya

Pada sidang akhbar yang diadakan semalam di bilik PC Stadium Larkin semalam, Presiden FA Johor, DYMM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim teleh memberikan penjelasan telus kepada beberapa isu baru-baru ini dan telah menzahirkannya kepada beberapa wakil pengamal media tempatan. Beliau menekankan, yang pertama sekali ialah tentang aksinya menendang bendera sudut padang yang telah digambarkan oleh sebuah penyiar media elektronik seolah-olah ianya dimaksudkan untuk penyokong Terengganu, walhal reaksi itu adalah semata-mata mengikut gaya Ibrahimovic meraikan gol/kemenangan.


Pengurusan persepsi oleh semua pihak media juga haruslah matang dalam menetapkan nada yang betul. Dalam apa keadaan sekalipun, beliau melahirkan rasa hormat dan terima kasih kepada pihak media, kesemua pasukan lawan dan penyokong atas kerjasama mereka.


TMJ juga menyentuh dan mendedahkan kerjasama kerja antara PBNJ dan Borrusia Dortmund dalam susun atur akademi bolasepak, pembangunan bolasepak remaja/belia, program pertukaran pemain dan jurulatih, perlawanan persahabatan dan sebagainya. Di samping itu, TMJ menyentuh tentang beberapa kegagalan oleh FAM dan menyatakan pujiannya kepada Presiden FAM sekarang atas keterbukaannya dalam menerima idea-idea dan mengorak langkah untuk maju ke hadapan.

Next Berita & Temuramah: Sesi Wawancara Bersama Penyokong Harimau Selatan
MEMBERSHIP ACCESS
close